Thursday, January 14, 2010

Kerja Dan Ibadah

Bismillah hirrahman nirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

To whom it may concern...

Pada zaman sekarang, manusia berlumba-lumba untuk mencipta benda-benda baru demi memenuhi kehendak dan keperluan semasa. Namun begitu mereka masih lagi mencari arah dalam memenuhi kehendak rohani mereka. Kerap kali mereka akan terjebak dalam gejala buruk seperti dadah, arak, seks bebas, rasuah dan sebagainya. Kebanyakkan daripada mereka merupakan individu yang berpendidikan tinggi. Islam tidak melarang kita mengejar kemewahan dan kesenangan di dunia tetapi janganlah kita sesekali lupa untuk beribadah.

Renungkan petikan ini, “Beribadahlah kamu seolah-olah akan mati pada esok hari dan bekerja seolah-olah akan hidup 1000 tahun”.

Didalam al-Quran turut menyatakan berikut :

“Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)”.
(Surah al-Jumuah ayat 10)

"Kami membuatkan segala yang di bumi untuk perhiasan baginya, dan supaya Kami menguji siapa antara mereka yang paling baik dalam amalan." (18:7)

"Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya." (11:7)

Telah ternyata dalam Islam, mencari kemewahan atau kesenangan didunia bukanlah perkara yang menyalahi agama tetapi ia seharusnya berlandaskan syariat Islam disamping tidak melupakan untuk melakukan ibadah.



No comments:

Post a Comment